Saturday, May 31, 2008

Jom jalan-jalan

Bagaimana untuk melancong dengan mudah dan murah?

Benarkah melancong adalah privilege kepada orang kaya sahaja? Dulu mungkin… Kini tidak lagi, siapa pun boleh melancong…

Dari pemerhatian dan pengalaman sebagai Pemandu Pelancong kepada pelancong asing selama lebih 15 tahun, ramai warga Malaysia masih tidak berkesempatan melancong dan melawat ke tempat-tempat dan destinasi menarik di dalam Negara Malaysia yang indah ini…

Jom jalan-jalan memudahkan anda untuk melancong…

Kos melancong menjadi rendah dengan melancong secara berkumpulan, bak kata pepatah; ringan sama dijinjing berat sama dipikul.

Anda tidak perlu menjadi ahli sesuatu vacation club atau membeli timeshare..

Anda hanya perlu mencukupkan ahli rombongan anda sendiri dari sekurang-kurangnya 6 orang berkumpulan. Lebih ramai ahli rombongan lebih rendah kos melancong anda…

Pakej-pakej melancong jom jalan-jalan adalah dikendalikan secara professional.. Bukan seperti rombongan Kak Kiah atau Mak Minah… Anda akan dilayan sama seperti pelancong asing dengan seorang Pemandu Pelancong berpengalaman untuk setiap kumpulan…

tunggu apa lagi? jom jalan-jalan…

layari:
http://www.jomjalanjalan.com/



Monday, May 19, 2008

Jom jalan-jalan ke Kelantan

Lawatan ke Kelantan 3hari 1malam


(Berlepas setiap Jumaat pertama & ketiga setiap bulan)








Kelantan negeri Cik Siti Wan Kembang kaya dengan kebudayaan yang masih terpelihara dan penuh warna warni...





Hari 1

10.00pm Bas bertolak dari Kuala Lumpur


Hari 2

06.00am Tiba di Kota Bharu, acara bebas sekitar:


  • Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra

  • Masjid Muhammadi

  • Pasar Siti Khadijah

  • Bazar Buluh Kubu
10.00am Daftar masuk Hotel

2.00pm Jalan-jalan ke:


  • Pusat pembuatan songket dan batik tradisional
  • Demonstrasi Wau Bulan dan Gasing

  • Pantai Cahaya Bulan
7.00pm Pulang ke penginapan


Hari 3

07.00am


  • Sarapan di hotel
  • Daftar keluar dari hotel dan jalan-jalan ke Pengkalan Kubor

  • Ke Rantau Panjang

  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui L/raya Timur Barat

  • Singgah di Pulau Banding


11.00pm Dijangka tiba di Kuala Lumpur

Harga Pakej
Hotel: Crystal Lodge [3 star] atau setaraf

  1. Dewasa [sebilik bertiga] - RM190 seorang
  2. Dewasa [sebilik berdua] - RM 200 seorang
  3. Kanak-kanak [tanpa katil] - RM120 seorang
  • Harga tertakluk kepada kepada caj tambahan cuti sekolah dan cuti am

  • Perjalanan dengan Bas Persiaran dan Pemandu Pelancong Berlesen

tunggu apa lagi...? jom jalan-jalan...

Wednesday, May 14, 2008

Jom jalan-jalan sehari ke Cameron Highlands



Kesegaran Cameron Highlands

Cuaca sejuk dan nyaman, flora dan fauna merupakan elemen penting Cameron Highlands amat diminati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Merupakan stesen tanah tinggi kerajaan British telah ditemui pada tahun 1885 oleh Willam H. Cameron.


Cameron Highlands ialah pusat pengeluaran sayuran dan bungaan tanah tinggi utama di Malaysia.



0700 - Bertolak dari Kuala Lumpur.

0930 - Tiba di air terjun Lata Iskandar
1030 - Meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.
1100 - Singgah sebentar di rumah Orang Asli.
1130 - Tiba di Tanah Rata [acara bebas selama 1 jam]
1300 - Tiba di Brinchang [acara bebas selama 1 jam]
1415 - Melawat Strawberry Farm, Butterfly & Insect Farm.
1500 - Melawat BOH Tea Plantation & Kilang Memproses Teh.
1600 - Singgah sebentar di Honey-bee Farm.

1700 - Menuruni lebuhraya baru, Cameron Highlands-Ipoh.
2200 - Tiba di Kuala Lumpur.


Aktiviti menarik:
Air terjun Lata Iskandar
Rumah Orang Asli
Strawberry Farm
Butterfly & Insect Farm
BOH Tea Plantation, Sg. Palas
Honey-bee Farm

Harga: RM 60 seorang (berkumpulan 40 orang)





Perjalanan menaiki Bas Persiaran berserta khidmat Pemandu Pelancong berlesen.
tunggu apa lagi? jom jalan-jalan...

Mari Melancong

Melancong Mudah & Murah





phone

1-700-80-TOUR (8687)